Friday, November 16, 2012

PENGALAMAN KU DI JEPUN: pengalaman ku

PENGALAMAN KU DI JEPUN: pengalaman ku: JEPUN NEGARA MATAHARI TERBIT Pada tahun 1996 bulan Feb, aku mendapat peluang untuk kenegara Jepun melalui satu pertubuhan Jepun yang be...

Monday, May 23, 2011

pengalaman ku


JEPUN NEGARA MATAHARI TERBIT

Pada tahun 1996 bulan Feb, aku mendapat peluang untuk kenegara Jepun melalui satu pertubuhan Jepun yang berdaftar di ibu negara. Selepas melalui pelbagai proses temubual dan dokumantasi yang diperlukan bagi melayakkan aku menyertai program ini, akhirnya aku layak diterima bersama-sama saorang lagi teman aku yang berjawatan peguam kanan disyarikatnya. Biasalah pada masa itu aku adalah seorang pengarah urusan syarikat aku sendiri yang boleh tahan lama juga dalam market di Kuala Lumpur ni.

Aku bersasa bangga juga kerana semua peserta dipilih mewakili negeri – negeri, aku dan kawan aku tadi mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program yang kami sertai adalah program SME (Small Medium Entrepreneurs). Program ini dibiayai sepenuhnya olih Kerajaan Jepun.

Kami diberi taklimat akan berada disana untuk selama 1 bulan dan cuaca disana pada masa itu ada lah sejuk. Handfone dinasihatkan tak payah bawak kerana hp kita tak boleh pakai kat Jepun. ( masa tu ya la, la ni dah boleh dah). Ini lah yang buat aku problem sikit kerana terus terang aku tak pernah pergi tempat sejuk sebelum ini. Tapi tak apalah aku telah dipilih dan layak, tak kan tak nak pergi pulak, malu nanti kat orang kampong, semua dah tahu.

Tepat jam 9.00pm berangkat kami sekumpulan 24 orang peniaga – peniaga dari Malaysia ke Narita Airport di Jepun. Kami dikehendaki menggunakan Japan Air Line kerana Jepun ni kalau dia keluarkan duit mesti pakai product dia. Product lain haram. Sepanjang pernerbangan itu aku tak dapat melelapkan mata walaupun ketika itu dah tengah malam. Entah apa yang aku fikirkan aku pun tak tahu, mungkin ini perjalan pertama ku ke Jepun yang membuat aku berasa resah. Kata orang, kata Tv, kata surat khabar dan macam-macam kata yang aku dengar negara Jepun ni negara maju, semua nya maju, budaya nya, teknologi nya, cara kerja nya dan macam macam lagi lah. Teringin juga aku nak simpan pengalaman aku nanti dan nak buat perbandingan dengan negara aku yang sedang maju ini. Aku tekadkan niat aku itu dan simpan dalam hati aku diam – diam.

Terkejut dan terpinga-pinga aku di buatnya apabila terasa badan aku di gerakkan secara lembut oleh gadis bertugas dalam pesawat Jepun ini.

Dengan senyuman yang manis dia meminta maaf dan menyuruh aku bersedia untuk keluar pesawat kerana akan sampai pada bila bila masa sahaja. Berdegup jantung aku “dah nak sampai ni” bisik kawan aku. Aku buat muka selamba je, malu dengan kawan aku ni yang dah banyak mengembara kebeberapa benua.

Masuk sahaja ke ruang tengah Narita Airport ini kami di tunjukan kekawasan bagasi. Aku leka dengan pemandangan dalaman airport Narita ni, nak kata changgih dan cantik tak lah sangat. KLIA lagi cantik, kecanggihan itu aku tak boleh nak komen kerana aku bukan jurutera bertauliah, tapi pandangan mata aku cukup dapat meyakinkan aku yang KLIA aku lagi cun. Ini lah pentingnya pandangan pertama yang akan membuatkan sesiapa pun terus berfikir untuk pandangan seterusnya. “first impression” bak kata orang putih, betul ke?. Kauorang fikirlah sendiri.

Sebaik sahaja semua bagasi kami terima, kami dikumpulkan di satu kawasan tengah airport Narita untuk di beri taklimat olih pegawai wanita jepun entah dari mana datangnya aku kurang pasti. Kami diberi wang perbelanjaan untuk selama sebulan dan kad debit makan sewaktu kami menginap di asrama kami di Bandar Yokohama.

Sebaik sahaja melangkah keluar, aku terpandang jam besar di hadapan aku yang menunjukan waktu dan cuaca. masa 8.00 pagi dan cuaca -1 degree.

Aku terasa amat sejuk, seluruh muka dan tangan aku sejuk apabila angin meniup muka dan badan aku. Cepat – cepat aku keluarkan sarung tangan dan baju tebal untuk aku pakai. Tersenyum kawan aku melihat telatah aku. “Ah! Pedulikan lah mereka, dia dah biasa” bisik aku sendirian. Kami menaiki bas dan mula lah merentas Bandar Tokyo untuk ke Bandar Yokohama. “Apa yang ada kat Tokyo ni macam biasa je” bisik hati aku. Pokoknya Cuma ranting sahaja. Rumputnya semua berwarna coklet. Mana pergi hijaunya. Oh ya!, ini kan masa musim sejuk, mungkin ini lah yang dikatakan semua nya luruh macam tengok dalam tv tu. Bangunannya juga lebih kurang KL je. Ok lah aku nak buat macam mana, aku dah ada kat sini, tengok juga lah.

Sampai saja di penginapan kami di Bandar Yokohama, kami di sambut oleh pegawai – pegawai kanan pertubuhan dan Duta Besar Malaysia di Jepun. Setelah berkenalan dan mengambil gambar beramai – ramai kami di beri set kunci bilik untuk kami berehat. Cerita yang aku dengar di Malaysia yang Jepun ni mahal belaka, nak dapat satu bilik sorang pun mahal gila. Tapi itu lah yang aku dapat, Cuma biliknya teramatlah kecil lagi sempit. Ada lah satu meja tulis, set tv,talipon,bilik mandi, baru setengah jam aku duduk dalam bilik, aku dah terasa lemas, macam mana nak sampai sebulan aku pun tak tahu lah.

Minggu pertama kami di bandar Yokohama ni, kami terpaksa masuk kelas pagi dan petang. Bayangkan bermula jam 8 pagi ke 1 tengah hari masuk semula jam 2 sampai jam 5 petang. Lecturer kami semua tua tua belaka, dari umur 70 ke 80 tahun. Aku salute betul orang tua jepun ni, masih segak lagi, boleh cakap tak henti – henti dan sentiasa Nampak sehat. Apa ilmu orang tua jepun ni pakai pun aku tak tahu. Nasib baiklah ada dua amoi jepun yang jadi interpreter kami, tak lah bosan sangat. Lecturer cakap jepun, interpreter guna bahasa inggeris. Semua satu kelas tumpu perhatian pada interpreter saja. Nyaya lecturer tu tak da siapa tengok dia. Lecture ni didatangkan khas dari beberapa buah university ternama Jepun. Semua bertaraf professor belaka. Aku tak berapa paham apa yang dia cuba ajar kami. Maklumlah aku tak belajar sepandai kawan – kawan aku ni, semua keluar university belaka. Aku duduk lah diam – diam, bila ada group thesis, aku bagi kat kawan aku buat, aku sain saja. Angin satu badan kawan – kawan aku. Aku cakap kat diorang yang aku pengarah urusan syarikat, apa apa kerja aku bagi / kerah orang lain buat, aku nya sain saja. Nama aku dapat. Itu lah syoknya dapat jadi pengarah urusan.

Satu hari kawan – kawan aku nak kenakan aku, ada satu group thesis yang mesti siap hari itu juga. Diorang pakat – pakat suruh aku buat. Yang akunya tak berapa paham, dengan selamba aku terima dan akan bagi tahu yang kalau gagal, semua dalam group aku gagal. Amacam nak aku buat ?. kawan-kawan aku semuanya pandai belaka lulusan university katakanlah, ada yang pegawai tinggi cooperate company, lawyer senior partner lagi, CEO GLC lagi, mana boleh gagal, malu…. Aku tak kisah sangat, pasal aku pengarah urusan syarikat aku sendiri, nak malu apa.. ya tak..

Kami di beri cuti pada setiap hari sabtu dan ahad. Ini lah masa nya kami merayau guna monorel dan komuter. Masa itu di KL belum ada lagi komuter dan monorel jadi syoklah kami jalan jalan guna transport ni. Cuma tak ada bahasa inggeris, jadi kami hentam je lah beli tiket, sampai turun je. Kat mana kami tak tahu, nak tanya semua jepun belaka, kami semua tak faham, lantak lah, beli tiket cakap bahasa Malaysia nak pergi Tokyo, faham pulak tu jepun ni. Sampai di stesen keretapi Tokyo, terperanjat aku melihat begitu ramai nya maanusia entah dari mana datangnya aku pun tak tahu. Berjalan pun kena ikut satu arah sahaja. Tak boleh tukar nanti hilang arah kita dibuatnya. Berjalanlah aku dengan kawan – kawan aku keliling bandaraya Tokyo. Kami melawat istana maharaja Jepun,tapi kat luar pagar jelah pasal kita bukan raja kot. Istana maharaja ni dikelilingi olih tali air yang amat jernih dan yang bestnya ada banyak ikan, besar – besar lagi. Takda sesiapa pun berminat nak ambil atau jala. Kalau kat tempat aku ni tak kiralah istana ke, malam je kena jala lah ikan-ikan tu semua. Ini lah satu yang perlu kita belajar dari orang jepun ni, kalau harta public semua Jepun akan jaga dengan baik. ( tak bawak balik rumah)

Perjalanan kami di kaki gunung Fiji ni yang mempunyai pemandangan yang bersamaan dengan keadaan perjalanan di Danau Toba Medan Indonisia. Setting pokoknya alam sekitarnya, banyak menyerupai.

Minggu kedua kami dah tak pergi kelas lagi dah, pasal dah pandai, semua lulus tapi jepun tu tak katapun cemerlang. Ok lah tu. Kami pergi melawat pelbagai kilang yang mengeluarkan pelbagai produk. Antaranya yang terbesar adalah Toyota city. Kilang pemasangan kereta Toyota. Kami habiskan masa satu hari disitu melihat bagaimana kereta – kereta Toyota dari 7 model dipasang serentak menggunakan line yang sama. Heran juga aku bagaimana jepun ni boleh mencipta computer yang dapat mengatur semua alat – alat ganti yang terdiri dari 7 model yang berlainan yang dipasang serentak menggunakan satu line pengeluaran. Ini tahun 1996 tau, la ni dah tahun 2011,bayangkan lah, selepas kami perhatikan semua perjalanan pemasangan tersebut dan diberi taklimat olih gadis cantik Toyota yang menjadi guide kilang kami, di sinilah baru aku faham akan teknologi yang canggih yang di maksudkan olih Jepun. Bukannya di jalan raya, tapi dalam kilang – kilang mereka. Kami di beri makan makanan jepun yang langsung aku tak boleh makan. Entah apa benda tah, macam nasi di bungkus rapi dengan supnya dalam mangkuk kayu, letak semua dalam dulang kayu ukiran Jepun lagi. Hidangan memang cantik, rasanya Jepun saja yang tahu. Kebulurlah lagi aku hari itu nak tunggu sampai balik asrama baru dapat makanan yang bolihlah di makan walaupun kurengg. Di kefeteria penginapan kami ada semua makanan islam, ekor pendek tidak di benarkan dari taklimat yang di beri tempoh hari. Di sini terdapat penghuninya yang datang dari seluruh pelusuk dunia, negara – negara tak bangun dan sedang bangun. Bayangkan lah kalau di kefeteria waktu lunch macam- macam orang dan budaya. Seingat aku dari : Malaysia,aku la,Thailand, Filipina, Africa, Poland,yang ini kuat minum,Rusia, Indonisia dan banyak lagi lah. Aku pekenan kat gadis gadis Africa ni, badan nya semua oversize belaka, seronok aku dapat ambil gambar peluk – peluk lagi,tapi tangan aku tak sampai. Walaupun tak faham bahasa body language saja cukup lah. Faham la tu. Pernah di pertengahan minggu kedua kami, di penginapan kami di Yokohama, kami adakan pertandingan piala Thomas peringkat antarabangsa.

Tunggu sambungannya nanti lain blog la……

http://bit.ly/lYOnWc